Kisah dan tauladan yang baik
Dalam Harian Metro hari semalam dan hari ini terdapat kisah seorang anak yang sanggup meninggalkan ayahnya di sebuah pondok menunggu bas disebabkan mendengar hasutan isterinya. Si ayah baru saja selesai menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang. Si ayah seorang diri telah ke hospital untuk dibedah dan sepanjang siayah di hospital si anak dan isteri tidak menjengok. Siayah bermalam di pondok itu, esoknya si anak datang tetapi datang untuk membawa basikal buruk ayah. Siayah ingatkan si anak datang untuk membawanya pulang. Rumah yang sianak diami pula adalah hasil titik peluh si ayah.Aalangkah malangnya nasib siayah yang kemudian menumpang di rumah seorang insan yang mulia yang menawarkan tempat berteduh untuknya. Sekarang siayah di selamatkan oleh Kebajikan masyarakat. Ini terdapat satu kisah tauladan buat renungan kita bersama.
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Alangkah mulia hati seorang diatas berbanding hati sianak yang diceritakan Harian Metro. Hanya Allah yang akan membalasnya. Balasan Allah terhadap anak yang berbakti kepada ibu bapanya amatlah besar.
Thursday, January 14, 2010
Tuesday, January 5, 2010
My mum
I would like to talk about my mum. She is the one who gives me courage to further my study.A day after I registered to further my studies in Open University Malaysia, she got stroke. It was the saddest news that I got. For about a month after that she could not move. It was really a difficult time for me and the rest of the family. But thanks Allah, after about a month she could stand up and walk.Gradually she could walk and manage to take care of herself.Since then she spends her time at home.She is so strong , her inner spirit is so strong.Even she is weak she still does her responsibility. She still fast during Ramadhan, prays,reads Al quran almost every day and she is still able to finish up reading all the juzes of Alquran during the last Ramadhan.This coming year I really hope and pray to Allah that my mum will be healthy throughout this year. I really care and love her so much. She is really a good role model for me. She is a retired teacher. When she was still teaching she was really a good teacher. She worked hard to teach her students. I remebered she always spent her time marking and checking her pupils' workbooks. Now I'm a teacher. She is a good role model for me.Now I myself try to do my best to teach my students. Now I'm graduated. It was so hard for me to finish up my studies because I really got to devide my time wisely to teach,learn and spend time for my mum and also for my children and husband. Thanks Allah I managed to do it.
Subscribe to:
Comments (Atom)