Syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan suami yang baik , bertimbangrasa dan bertanggungjawab. Perkenalan bermula semasa sama mengajar di sebuah sekolah di Gua Musang telah menjodohkan kami. Kegagalan cinta pertama membuatkan hati ini susah untuk menerima kehadiran cinta kedua. Namun berkat kesabaran dan keikhlasannya hati yang tertutup rapat terbuka dengan izin Allah untuk menerimanya. Sebelum ini telah banyak cubaan untuk menawan hati ini telah di tolak. Masih tebal di ingatan bila suami pertama kali menalipon dan dengan ikhlas menyatakan hasrat untuk masuk meminang jika sudi menerimanya. Hati ini menerimanya kerana keikhlasannya, kami bertunang selama 7 bulan dan berkahwin pada 25 Januari 1993. Kini dah 17 tahun rumahtangga kami. Kami juga di duga dengan pelbagai dugaan. Yang paling hebat adalah bila suami di kesan dengan denyutan jantung yang tidak normal pada 2006 dan terpaksa di tahan di Hospital Besar Kota Bharu selama seminggu dan seterusnya di hantar ke IJN untuk pemeriksaan lanjut. Namun syukur pada Allah kerana suami selamat menjalani rawatan membuang saraf yang lebih di jantungnya . Kes agak pelik kerana dia tidak merokok dan aktif bersukan. Doktor cakap ianya wujud mungkin secara semulajadi. Kini dia dah kembali sihat.Dengan kehadiran empat cahayamata, dua lelaki dan dua perempuan , keluarga kami amat ideal. Namun syukur sekali lagi awal tahun ni , rezeki kami bertambah bila setelah lapan tahun tak melahirkan saya hamil sekali lagi. Pada 2008 saya keguguran, rasa kecewa pada keguguran yang lalu membuatkan saya hilang harapan untuk mendapatkan anak lagi. Ini ditambah lagi dengan kata bidan yang menyatakan saya sudah tidak ada peluang untuk mengandung namun suami tetap sabar dan menyatakan yang kita akan dapat anak lagi. Allah perkenankan permintaannya dan kehamilan saya kali ini cukup mengembirakan suami dan anak-anak. Hopefully,kandungan kali ini selamat dan kini sedang alahan. Suami sabar memasak kerana saat ini segala bau masakan adalah amat menyiksakan. Semuga Allah terus merestui dan memberkati kami dan semuga saya selamat melahirkan anak yang sihat Oktober nanti.
Monday, March 22, 2010
My husband.

Subscribe to:
Comments (Atom)