Monday, April 19, 2010
Darah Tinggi
Telah setahun saya mengidap darah tinggi. di takdirkan Allah awal tahun ni saya hamil. Disebabkan tekanan darah tinggi saya terpaksa berulang kali ke klinik ibu dan anak kerana doktor ingin memantau tekanan darah tinggi saya. Masalah yang saya hadapi kini semakin di pantau semakin tinggi tekanannya bila ke klinik. Masalahnya tekanan ini meningkat sehingga 180/90 apabila saya di klinik. Namun ianya kembali normal apabila balik dari klinik.Setelah disahkan mengidap darah tinggi saya telah membeli mesin untuk memeriksa tekanan darah tinggi. Allah saja yang tahu bagaimana perasaan bila di klinik. Nadi dan jantung berdenyut kencang. Ianya satu penyiksaan apabila doktor meminta ke klinik.Apabila di rumah tekanan darah akan normal 110/70 hingga 120/80.Apabila mesin memeriksa tekanan saya digunakan di klinik, tekanan akan naik.Hampir setiap hari saya terpaksa ke klinik. Ini betul-betul membuatkan saya tertekan. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.Hopefully, segalanya kan berakhir.
Subscribe to:
Comments (Atom)