Assalamualaikum,
Saya telah terpanggil untuk memberi komen tentang tajuk di atas.Gejala ini amat membimbangkan kerana ianya berlaku semakin kerap dan mengambarkan wujudnya kepincangan isu keruntuhan moral dan nilai sosial.Punca kejadian ini adalah tidak lain dari pengangan agama yang,longgar,pergaulan bebas,pengaruh tv dan internet.Anak yang tak berdosa dibunuh dengan kejam kerana tidak mahu menanggung malu. Masyarakat kita yang suka mengeji dan menyindir mereka yang beranak luar nikah juga menyumbang kepada wujudnya masalah sosial ini.Yang terbaru adalah kejadian di Kuala Krai. Katanya tong sampah tu di bakar untuk menghapuskan bukti. Ada yang melihat tong tersebut di bakar lalu mereka memadamkan tong sampah tersebut namun orang yang bertanggungjawab kembali membakar tong tersebut.
Nasihat saya kepada adik adik remaja ini. berhati hatilah. Come on girls. Be smart, jangan smapai terlanjur dalam menjalani hubungan. kalau cinta lelaki tu tulus mereka akan lebih menghargai, lebih menghormati dan tidak akan menyentuh adik adik sebelum ikatan yang sah. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya tidak tulus mencintai. Cinta sesuatu yang amat suci.Selalunya bila dah terlanjur dan mengandung, ramai lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab. Yang menanggung semuanya adalah si gadis.So, sebelum mengambil sesuatu tindakan fikirlah dahulu, girls. Look before you leap.
Saya sendiri amat terkilan bila mendapat tahu salah seorang murid saya mengandung anak luar nikah dan terpaksa berhenti belajar pada usia yang baru 16 tahun.Sedangkan murid ini seorang murid yang pandai dan bijak. Sebagai guru,ianya amat mengecewakan mendapat tahu hal ini.Fikirlah, jagalah maruah diri dan keluarga. Kalau saya sebagai guru amat kecewa apa pula perasaan ibu dan ayah yang membesarkan adik-adik remaja sekalian.
Anak adalah anugerah Allah. Bukan senang nak mendapatkan zuriat. Entah berapa ramai pasangan yang berkahwin yang tidak dikurniakan anak dan mereka terpaksa berusaha untuk mendapatkan anak. Manalah tahu anak yang kita bunuh, buang dan bakar tu adalah satu-satunya zuriat yang Allah kurniakan kita. Bagaimana nanti hidup kita tanpa anak. Ingatlah yang selalunya dunia ini putaran roda. Hari ni kita buang anak kita esok bila kita dah tak berdaya anak sisihkan dan buang kita. Dunia sekarang tak mustahil semua berlaku.Sekarang ayah dan ibu dibuang atau di letakkan di rumah orang-orang tua adalah sesuatu yang tidak mustahil dilakukan oleh anak-anak derhaka.Oleh itu adik-adik remaja berfikirlah dulu sebelum bertindak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment