Search This Blog

Monday, April 19, 2010

Darah Tinggi

Telah setahun saya mengidap darah tinggi. di takdirkan Allah awal tahun ni saya hamil. Disebabkan tekanan darah tinggi saya terpaksa berulang kali ke klinik ibu dan anak kerana doktor ingin memantau tekanan darah tinggi saya. Masalah yang saya hadapi kini semakin di pantau semakin tinggi tekanannya bila ke klinik. Masalahnya tekanan ini meningkat sehingga 180/90 apabila saya di klinik. Namun ianya kembali normal apabila balik dari klinik.Setelah disahkan mengidap darah tinggi saya telah membeli mesin untuk memeriksa tekanan darah tinggi. Allah saja yang tahu bagaimana perasaan bila di klinik. Nadi dan jantung berdenyut kencang. Ianya satu penyiksaan apabila doktor meminta ke klinik.Apabila di rumah tekanan darah akan normal 110/70 hingga 120/80.Apabila mesin memeriksa tekanan saya digunakan di klinik, tekanan akan naik.Hampir setiap hari saya terpaksa ke klinik. Ini betul-betul membuatkan saya tertekan. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.Hopefully, segalanya kan berakhir.

2 comments:

  1. Salam Kak Za, tahniah kerana hamil lagi :) Semoga kandungan kali ini sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH S.W.T. Jangan stress sangat k.

    Do take care & wish u all the happiest moment to be yours always. Insyaallah.

    Love
    Alene

    ReplyDelete
  2. Thanks Lin, entahlah bila makin kerap kena ke klinik kZa jadi tension sangat. mula dari buat kad Kza kena berulang ke klinik, kalau tak selang sehari, tiap tiap hari. dah la Kza kuat alahan this time.

    ReplyDelete